Untuk Tatapan

January 18, 2012

Kesian gadis (bahagian 1)
 Cerita ini kan terjadi dekat sebuah IPTA yang best. Pelajar akhir memang biasa lar jalan sorang-sorang. Kalau dulu first time masuk U, budak baru kan mesti jalan in group. Aku ingat lagi keadaan seorang budak tahun akhir ini, aku share sikit tentang GADIS. Bila masuk tahun akhir keadaan gadis ini terumbang ambing, kalau dulu dia lain.
 Sebab apa?

Sebab terlalu mengharap dan menyayangi seorang lelaki. Biasalah baru nak mengenal cinta manusia kan. Terlalu taksub mungkin. Mungkin juga terlalu bodoh. Tapi bagi aku, dia tak bodoh. Sekurang-kurangnnya dia cuba untuk lakukan sesuatu untuk orang yang dia sayang. Korang pernah???

Biasanya kalau orang kita sayang kita mesti tahu atau ambik tahu apa yang dia suka dan tak suka kan. GADIS selalu bantu lelaki yang dia sayang dalam pelajaran. Gadis selalu study lebih awal semata-mata untuk mengajar lelaki yang dia sayang. Bangun pagi-pagi buta study semata-mata untuk explain esoknya tentang subjek itu pada lelaki yang dia sayang.

Assignment lelaki yang dia sayang pun dia selalu setlekan. Pengorbanan la konon kan. Tapi memang kesian gadis   segala apa yang gadis lakukan itu hanya sia-sia. Lelaki yang dia sayang memang langsung tak pernah nak faham dia, sayang dia, or hargai dia. Yang sedihnya gadis tahu semua tu, tapi hanya kerana sayang gadis tetap teruskan hubungan tu.
Korang semua tau tak? Mesti tak tau kan. Lelaki ni memang perokok tegar. Bila tak dapat rokok jer mula lar dia buat muka. Buat muka pulak depan gadis. So hari-hari kadang-kadang gadis terpaksa lar menghadap muka perokok tegar tu. Semestinya muka gadis yang ala-ala kesian tu tersenyum kerang jer. 

Untuk pengetahuan korang, gadis dan lelaki dia sayang duduk satu kelas. Dulu masa diorang berkawan tahun pertama dorang duduk sebelah-sebelah jer. Biasalah kawan. Bila dah in relationship lelaki ini selalu mengelak. Yang sedihnya bila dengan kawan-kawan lain seronok jer lelaki yang dia sayang  berborak dan gelak ketawa. Tapi bila bercakap dengan gadis, mesti lelaki yang dia sayang buat muka. Kening dia mesti berkerut. Kalau panggil lelaki dia sayang mesti lelaki yang dia sayang buat tak tau je.

Kesiannyer gadis, dah lah kena fitnah rampas kekasih orang. Untuk makluman korang semua, lelaki yang dia sayang ni pernah suka pada seorang perempuan ni, kawan kepada gadis lar. 

bersambung

Peristiwa Berdarah(16 Og0s 2010)

Maka dengan ini bermulalah penulisan aku yang pertama kalinya di dalam bulan yg mulia ini iaitu bulan ramadhan. Semalam, bersamaan dengan 15 Ogos aku telah mengambil cuti MC berikutan daripada masalah kesihatan yang aku alami. Actually, masalah tersebut tidaklah seserius mana pun. Aku cuma demam biasa, demam rindu family lar katakan. Semasa hari MC berkenaan aku tinggal di bilik aku la iaitu di rumah bakti iaitu di sebelah kelas pelajar perempuan. Pada pagi hari yang berkenaan, punya lar ramai manusia yang mengetuk-mengetuk pintu bilikku bertubi-tubi. Tetapi akibat daripada ketidakkesihatan yang aku alami maka aku hanya mendiamkan diri.
"Nak roboh pun roboh lar pintu, malas aku nak pi bukak"(bisik hatiku). 
Maka bermulah lah hari ini, aku bangun bersahur dengan mata yang tertutup rapat sambil meraba-raba tanpa hala tuju lalu menyusul ke bilik air. Hari ini aku malas rasanya nak bersahur dengan anak-anak rumah bakti jadi aku pun membaham biskut oat yang aku beli. Syukur Alhamdulillah, ada juga rezeki aku. Hari ini aku kerja petang, jadi aku ada banyak masa untuk tidur la. Jam menunjukkan pukul 1355 dengan automatiknya aku berlari-lari ke office untuk punch card. Nasib baik tak lambat kalau tidak sudah tentu ada yang tidak berpuas hati atas kelambatan yang patik lakukan. hehehe. Ayat diraja la pula. Hari ini macam biasala tetamu datang bawa makanan. Mula-mula kami semua makan kuih kemudian baru lah kami solat kemudian sambung semula selepas selesai solat maghrib. Nak dikaitkan dengan tajuk cerita ali ini ialah peristiwa berdarah. Sewaktu duduk bacaan tahayat akhir, aku terasa seperti hidungku mengalirkan mukusnya."
Ya Allah, hingus aku meleleh."(bisik hatiku). 
Lalu aku lap dengan telekungku kerana ustaz aku pernah berpesan kalaumukus itu bukan najis jadi kita boleh lap guna telekung. Belum sempat aku memberi salam telekungku menitis darah yg merah lagi pekat. Ya Allah, secara automatiknya aku mengundur ke belakang dan terus putus dari saf. Aku berlari-lari anak pergi ke paip air. Darah mengalir umpama paip air yang sudah rosak pilinya. Ya Allah aku pank banyak darah yang keluar. Abis lar riuh rendah surau tu sekejap, anak-ana murid aku pun panik sama. 
Ya Allah, mereka sayang aku> (terdetik sejenak di fikiranku). 
Aku terus kebilik aku dan menuam hidungku dengan air batu supaya ia tidak terus mengalir. Aku pun masuk kebilik dan makan ubat yang sepatutnya aku makan. 
"Syukur Alhamdulillah, aku masih hidup". 
Ini lah pengalaman pertama aku berdarah hidung.
Indahnya Kampung

     Nak kata kampung tak ada lar kampung sangat, Felda kan. Hehehe. Pagi-pagi kat kg memang seronok sangat. Tu pun kalau aku bangun pagi lar or aku tak tidur balik lepas subuh. Pagi-pagi lagi macam-macam irama ada. Irama malaysia,pop rock, balada, nasyid......stop, stop, stop merapek tak sudah. Maksud aku sebenarnya bunyi-bunyi ayam, itik, burung, dan paling best "suara mak".
 Hahahahaha. Tak kelakar kan? sebab tu lar aku gelak.

Ermmm...daripada lebih banyak rapetan(merepak) yang berpusu-pusu keluar aku nak share sikit lar gambar dekat area rumah aku. nak tunjuk sikit gambar close up tak berapa jadi.








Motif
Sebenarnya apa motif aku ada blog?
Ini yang aku nak cerita ni, bukan tujuan aku nak menjaja cerita aku. Hanya nak kongsi. Nak baca ok go on kalau tak nak tutup mata, view pun jangan ok. Yup, blog ini masih baru dan tak ada lah banyak sangat yang aku boleh kongsi tapi InsyaAllah akan aku update gambar dan cerita-cerita untuk jadi tatapan semua.

Aha, genap hari ini 3 minggu kot. Aku melepak dekat rumah tak ada pekerjaan actually masih menuggu jawapan untuk aku sambung study. Kenapa ea, bila sambung orang kata. Wah, rajin and pandainya sebab sambung belajar. Sebenarnya, keputusan nak sambnung belajar ini pun atas sebab tak tahu hala tuju dan tak nampak apa nak buat maka tercetuslah untuk belajar. Mudah-mudahan nampak lar kan untuk masa depan.

Apa yang boleh aku harapkan untuk diri sendiri di sini, semoga tawaran aku diterima dan aku akan dapat sambung dengan yaa profession yang aku minat. Diri sendiri lar tau, aku minat apa. Semestinya PHOTGRAPHY  lar kan. Amin. Semoga cita-cita kau tercapai NOridayu Husin
Teringat
 Pernah terbit kata-kata ini dari bibir rakan seperjuanganku suatu ketika dahulu...

{kenapa manusia lebih pentingkan hubungan sesama manusia berbanding hubungan dengan pencipta?}

Aku mungkin salah seorang manusia yang selalu sangat risau tentang hubungan sesama manusia aku. InsyaAllah aku masih lagi mengekalkan kecintaan aku kepadaNya dan aku tetap berusaha untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik di sisiNYA.

Aku yakin jika benar kita menjaga hubungan kita dengan pencipta maka secara automatik bukan manual kita juga akan menjaga hubungan sesama manusia. InsyaAllah