Usah direnung akan yang berlalu duhai gadis, redah dan susuri hari-harimu dengan suka dan tawa. Jangan ditangisi lagi nasib menimpa kerana itu adalah ketentuan Ilahi |
Inilah yang orang katakan "Sudah jatuh ditimpa tangga'. Dengan keadaan lutut gadis yang terkopek dan berdarah, gadis cuba bangun sambil mengesat lelehan air mata yang masih berbaki.
"Gadis, tolong kuatkan semangat."(bisik gadis pada diri)
Setelah berjaya berdiri dengan stabil gadis terus berjalan kaki menuju ke biliknya. Dengan keadaan yang tidak berapa baik, kaki yang pedih gadis berjalan terhencut-hencut sambil menahan sakit.
Keesokkan harinya, gadis bangun dari katil dan mengaduh kesakitan akibat lututnya yang luka. Hari ini ada ujian akhir subjek yang diambil gadis. Malam tadi gadis ingat mahu menelaah sedikit tetapi akibat kepenatan gadis tak sedar entah bila dia terlena ditepi katilnya.
"Gadissssss!!!!! Cepatlah, nanti terlepas pulak bas."(jerit rakan gadis Laila)
"Kejap lar sayang, pakai kasut sat."(jawab gadis ala-ala utara yang tak berapa sangat)
Kawan-kawan gadis memang dah sedia maklum dengan penampilan gadis yang sentiasa berkasut dia. Tak kesahlah kemana-mana pun gadis pergi pasti berkasut. Gadis selalu bagi alasan yang dia terasa seperti berbogel kalau tidak mengenakan kasut bertutup. Nak katakan gadis berkasut kerana tuntutan supaya menutup aurat tidaklah sebab bagi gadis memang dalam penutupan aurat ini dia masih tak sempurna lainlah kalau Laila.
Laila kalau dulunya gadis yang aktif, kasar lagi brutal kini telah terpanggil untuk berpakaian menutup aurat yang lebih sempurna. Walaupun begitu, Laila masih berkawan dengan gadis. Pernah sekali gadis bertanya kalau-kalau Laila malu berkawan dengan dia yang kontra dengan Laila.
"Kau nak karate ker penampar???? Kau sampai bila-bila pun kawan aku lah."(jawab laila dengan tegas)
"Terima kasih Laila."(perlahan gadis berbisik kepadanya, entah dengar atau tidak akan Laila)
Gadis memang senang berkawan dengan Laila, walaupun penampilan Laila sudah berubah namum perangainyea tetap tak berubah dengan sikap brutal-brutal cover itu. Apa yang gadis faham dengan Laila sekarang ini, Laila banyak mengabiskan masanya dengan aktiviti kerohanian dan selalu berada di surau padahal sebelum ini mereka berdua selalu melibatkan dengan aktiviti kolej iaitu sukan badmintan dan futsal.
Dalam bas, gadis selalu ambil tempat ditepi tingkap kerana gadis lebih suka menikmati pemandangan diluar.
Tanpa sedar gadis melayan perasaan yang melayang entah kemana jauhnya. Mungkin ke Jepun, Vietnam, Thailand atau Sri Lanka.
Tiba-tiba Gadis mengeluh lembut. "Aishhhhhh...."
Laila sedar akan keluhan kecil gadis.
" Kau kenapa??? lain macam aku tengok. Ko dah ready nak jawab ujian ke tak ni???? Ujian ni penting lar, tak kan kau sanggup nak repeat satu semerter lagi kot!!!
(Ngomel laila dengan tingkah laku gadis ala-ala perempuan mati laki)
"Aku ok lah syg Oi...Ilmu dah penuh didada ni"(bohong gadis untuk menyedapkan hati rakannya Laila)
Setelah sampai ke fakulti gadis dan Laila dengan tergesa-gesanya terus ke foyer fakulti. Mereka dah berjanji dengan Mimi untuk buat sedikit ulangkaji sebelum masuh dewan kuliah untuk paper final ini. Tiba-tiba BUKkkkkk!!!! gadis terlanggar dengan lelaki itu di hadapan pintu foyer kerana akibat terlalu laju jalannya untuk mengiringi Laila.
" Sengal punya Laila tulah jalan laju-laju lagi dah terjelepuk aku kat sini."( Omel gadis perlahan)
Lelaki itu berlalu pergi tanpa gadis perasan kerana terlalu leka mengutip nota-notanya yang jatuh bersepah-sepah dilantai foyer fakulti.
Bersambung....