Untuk Tatapan

Buah Hati

Orang-orang yang penting dalam hidup saya


Nama penuh yuyu(bukan nama sebenar) Noridayu Binti Husin. Yuyu dilahirkan di Hospital Bentong, Pahang pada jam 9.22 minit pagi(pakai agak2 jer) yang bertarikh 9 September 1988. Ianya merupakan tarikh keramat kepada ibu/emak/umi yang melahirkan yuyu kerana yuyu merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga tersebut. Nama babah yuyu ialah Husin Bin Abdul Rani. Babah yuyu merupakan seorang pekerja di TNB. Emak dan Babah berkahwin atas dasar cinta. Ermmm....pernah emak bercerita pada yuyu tentang kisah mereka.  

Ceritanya begini: Sewaktu Babah sedang sibuk mengendalikan wayar elektrik di hadapan rumah,Babah dan Emak telah bertentangan mata dari jauh secara tak sengaja. Dari situ lar mulanya titk perkenalan Emak dan Babah. Tidak lama perkenalan mereka, Babah dengan pantas terus menghantar rombongan meminang Emak.
Picture Amin dengan Ikmal

Kami sekeluarga telah berpindah ke Felda Chemomoi, maka bermulalah hidup Emak dan Babah sebagai peneroka. 2 tahun kemudian Emak melahirkan seorg bayi lelaki nama dia Faizal Bin Husin. Itu lah adik yuyu. die comel, "Yey!!! yuyu dah ada kawan bila nak main nanti". Tak sampai setahun kami bergembira bersama-sama degan kehadiran adik Babah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. 


Babah meghidap penyakit barah hati. Emak selalu kata Babah sakit jadi kita kena solat dan doa untuk Babah. Erm...." Apalah yang budak umur 2 tahun mampu lakukan, Yuyu hanya menangis kerana Babah sakit, perut Babah jadi besar dan Babah tak boleh bergerak lagi. Kesian babah, akhirnya Babah menghembuskan Nafasnya yang terakhir pada 10 October tahun 1992. Kini hidup yuyu hanya bertiga iaitu Emak, Yuyu dan adik. Kesian adik xsempat nak kenal Babah.




Adik penulis yang agak sengal-sengal badan
Dipendekkan cerita, Emak bina hidup yang baru dengan abah, (Alias bin Haji Muhammad). Yuyu dapat 2 orang adik baru iaitu Mohd Amin Bin Alias dan Mohd Ikmal Alias. Kami hidup bahagia bersama dengan keluarga baru. Yuyu dengan adik tak perna terasa kehilangan seorang lelaki yang kehilangan Ayah semenjak Abah masuk dalam keluarga kami. Syukur Alhamdulillah Emak dan Abah kini hidup bahagia dengan keluarga yang sederhana.

Sekarang kami sekeluarga menetap di Felda Chemomoi:
Alamat penuh:
Roslah Binti Haron,
No 270 Felda Chemomoi,
Triang Pahang Darul Makmur.


Jadi kepada yang berminat untuk singgah ke teratak kami. Jemputlah datang beramai-ramai. Sudah semestinya anda akan diberikan layanan 1st class dari kami sekeluarga. Kepada penggemar gulai tempoyak, Ikan pekasa, ulai serom dan macam-macam masakan kampung boleh lah singgah sebab my Mother is the bes cooker.....heeeeee. Kalau dah datang memang nak datang lagi lar.

No comments:

Post a Comment