Untuk Tatapan

August 17, 2010

Something happen hav their own reason

Ya Allah, rasanya semalam aku dah ambik ubat-ubat yang patut aku ambil tapi kenapa hari ni tak ok juga. Mungkin ubat yang aku makan dah imune dalam sistem aku jadi kemungkinan besar ubat tu makin susah untuk bertindak balas. Alhamdulillah di dalam bulan ramadhan ini banyak perkara baik yang aku alami yang menjadikan aku lebih matang untuk berfikir. Ini lah yang dikatakan sebagai rahmat yan diturunkan Allah di dalam bulan yang mulia ini. Walaupun rasa pedih dan sakit tetapi orang disekelilingku begitu mengambil berat ke atas kesihatan aku ini. Aku bersyukur, dan aku juga teringat akan satu potongan ayat yang menyatakan bahawa Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya itu sendiri. oleh itu, aku perlu kuat lagi pun di sini(rumah bakti) ramai yang sayangkan aku. Itu pun dah cukup menjadi pengubat sakit aku ini.:)
Aku mengadu pada doctor di klinik seri melawati bahawa penyakit aku ini dah jadi lain. Doctor pun agak heran dengan keadaan aku. Doctor risau kalau ada sesuatu yang lain jadi doctor telah nasihatkan aku supaya aku pergi buat skop di hospital untuk pastikan yang penyakit aku tak serius. InsyaAllah, kemungkinan selepas adik-adik aku di rumah bakti ini selesai jer peperiksaan masing-masing aku akan buat skop sepertimana doctor klinik tu arahkan.
Sekejap lagi dalam masa 15 minit lagi mula lah kelas aku. Perut aku ni pun bole tahan dia punya pedih,
 "sabar ya perut, xlama lagi ok lar"(ngomel aku sendirian).
 Alamak, kenapa lar aku tiba-tiba rasa gigil. ni sure effect makan biskut jer pagi tadi. Dah macam penyakit parkinson lak aku tengok..hehehehe(tersenyum sendirian)
Walau apapun yang berlaku pengajaran disini ialah kita perlu sentiasa happy dan jangan terlalu stress. Hargai orang sekeliling yang menyayangi kita dan jangan buat orang lain sakit hati. Semoga kita semua ceria-ceria selalu.

No comments:

Post a Comment