Untuk Tatapan

August 19, 2010

9 September - Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi

 
jika ku tak bangun esok pagi,
sayangku kau jagalah diri,
sentiasa ingatkan hati,
dirimu amat ku cintai.

andainya dihimpit kesusahan,
sujud dan mohon pada tuhan,
agar diberikan bimbingan,
meniti hidup bersendirian.

(chorus)
bila terasa sejuk,
pejamkan mata,
bayangkan dalam dakapanku,
bila terasa rindu,
pejamkan mata,
kita bersua dalam lena.

kalau ada yang sudi mengganti,
sayang lepaskanlah ku pergi,
kerana insan yang seistimewamu,
berhak untuk dicinta dalam hidup.

sayang tiada apa yang kekal di dalam dunia ini,
namun yang pasti,
walaupun ku tiada nanti,
cintaku akan kekal abadi.

ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
kita jumpa lagi di sana nanti,
jika ku tak bangun esok pagi

Indahnya Penderitaan

 
Sesunguhnya Allah itu Maha Mengetahui, setiap apa yang berlaku di citra alam ini pasti ada hikmah dan nikmat yang tersembunyi. Maha suci Allah yang telah mencipta sekalian Alam.
Keperitan dan kepayahan hidup seseorg itu juga adalah ketentuan dari Allah yang mana merupakan salah satu cara Allah menguji hambaNya. Di situ hambaNya diuji supaya dia dapat melalui ujian tersebut dengan kesyukuran terhadap. Segala ujian serta dugaan itu merupakan tanda atau nikmat yang diberikan Allah sebagai petunjuk yang Dia masih cinta dan sayang akan hambaNya.