Cerita ini kan terjadi dekat sebuah IPTA yang best. Pelajar akhir memang biasa lar jalan sorang-sorang. Kalau dulu first time masuk U, budak baru kan mesti jalan in group. Aku ingat lagi keadaan seorang budak tahun akhir ini, aku share sikit tentang GADIS. Bila masuk tahun akhir keadaan gadis ini terumbang ambing, kalau dulu dia lain.
Sebab apa?
Sebab terlalu mengharap dan menyayangi seorang lelaki. Biasalah baru nak mengenal cinta manusia kan. Terlalu taksub mungkin. Mungkin juga terlalu bodoh. Tapi bagi aku, dia tak bodoh. Sekurang-kurangnnya dia cuba untuk lakukan sesuatu untuk orang yang dia sayang. Korang pernah???
Biasanya kalau orang kita sayang kita mesti tahu atau ambik tahu apa yang dia suka dan tak suka kan. GADIS selalu bantu lelaki yang dia sayang dalam pelajaran. Gadis selalu study lebih awal semata-mata untuk mengajar lelaki yang dia sayang. Bangun pagi-pagi buta study semata-mata untuk explain esoknya tentang subjek itu pada lelaki yang dia sayang.
Assignment lelaki yang dia sayang pun dia selalu setlekan. Pengorbanan la konon kan. Tapi memang kesian gadis segala apa yang gadis lakukan itu hanya sia-sia. Lelaki yang dia sayang memang langsung tak pernah nak faham dia, sayang dia, or hargai dia. Yang sedihnya gadis tahu semua tu, tapi hanya kerana sayang gadis tetap teruskan hubungan tu.
Korang semua tau tak? Mesti tak tau kan. Lelaki ni memang perokok tegar. Bila tak dapat rokok jer mula lar dia buat muka. Buat muka pulak depan gadis. So hari-hari kadang-kadang gadis terpaksa lar menghadap muka perokok tegar tu. Semestinya muka gadis yang ala-ala kesian tu tersenyum kerang jer.
Untuk pengetahuan korang, gadis dan lelaki dia sayang duduk satu kelas. Dulu masa diorang berkawan tahun pertama dorang duduk sebelah-sebelah jer. Biasalah kawan. Bila dah in relationship lelaki ini selalu mengelak. Yang sedihnya bila dengan kawan-kawan lain seronok jer lelaki yang dia sayang berborak dan gelak ketawa. Tapi bila bercakap dengan gadis, mesti lelaki yang dia sayang buat muka. Kening dia mesti berkerut. Kalau panggil lelaki dia sayang mesti lelaki yang dia sayang buat tak tau je.
Kesiannyer gadis, dah lah kena fitnah rampas kekasih orang. Untuk makluman korang semua, lelaki yang dia sayang ni pernah suka pada seorang perempuan ni, kawan kepada gadis lar.
bersambung
No comments:
Post a Comment