Untuk Tatapan

January 18, 2012

Peristiwa Berdarah(16 Og0s 2010)

Maka dengan ini bermulalah penulisan aku yang pertama kalinya di dalam bulan yg mulia ini iaitu bulan ramadhan. Semalam, bersamaan dengan 15 Ogos aku telah mengambil cuti MC berikutan daripada masalah kesihatan yang aku alami. Actually, masalah tersebut tidaklah seserius mana pun. Aku cuma demam biasa, demam rindu family lar katakan. Semasa hari MC berkenaan aku tinggal di bilik aku la iaitu di rumah bakti iaitu di sebelah kelas pelajar perempuan. Pada pagi hari yang berkenaan, punya lar ramai manusia yang mengetuk-mengetuk pintu bilikku bertubi-tubi. Tetapi akibat daripada ketidakkesihatan yang aku alami maka aku hanya mendiamkan diri.
"Nak roboh pun roboh lar pintu, malas aku nak pi bukak"(bisik hatiku). 
Maka bermulah lah hari ini, aku bangun bersahur dengan mata yang tertutup rapat sambil meraba-raba tanpa hala tuju lalu menyusul ke bilik air. Hari ini aku malas rasanya nak bersahur dengan anak-anak rumah bakti jadi aku pun membaham biskut oat yang aku beli. Syukur Alhamdulillah, ada juga rezeki aku. Hari ini aku kerja petang, jadi aku ada banyak masa untuk tidur la. Jam menunjukkan pukul 1355 dengan automatiknya aku berlari-lari ke office untuk punch card. Nasib baik tak lambat kalau tidak sudah tentu ada yang tidak berpuas hati atas kelambatan yang patik lakukan. hehehe. Ayat diraja la pula. Hari ini macam biasala tetamu datang bawa makanan. Mula-mula kami semua makan kuih kemudian baru lah kami solat kemudian sambung semula selepas selesai solat maghrib. Nak dikaitkan dengan tajuk cerita ali ini ialah peristiwa berdarah. Sewaktu duduk bacaan tahayat akhir, aku terasa seperti hidungku mengalirkan mukusnya."
Ya Allah, hingus aku meleleh."(bisik hatiku). 
Lalu aku lap dengan telekungku kerana ustaz aku pernah berpesan kalaumukus itu bukan najis jadi kita boleh lap guna telekung. Belum sempat aku memberi salam telekungku menitis darah yg merah lagi pekat. Ya Allah, secara automatiknya aku mengundur ke belakang dan terus putus dari saf. Aku berlari-lari anak pergi ke paip air. Darah mengalir umpama paip air yang sudah rosak pilinya. Ya Allah aku pank banyak darah yang keluar. Abis lar riuh rendah surau tu sekejap, anak-ana murid aku pun panik sama. 
Ya Allah, mereka sayang aku> (terdetik sejenak di fikiranku). 
Aku terus kebilik aku dan menuam hidungku dengan air batu supaya ia tidak terus mengalir. Aku pun masuk kebilik dan makan ubat yang sepatutnya aku makan. 
"Syukur Alhamdulillah, aku masih hidup". 
Ini lah pengalaman pertama aku berdarah hidung.

No comments:

Post a Comment