Kesiannyer gadis, dah lah kena fitnah rampas kekasih orang. Untuk makluman korang semua, lelaki yang dia sayang ni pernah suka pada teman rapat gadis.
Tapi cinta lelaki itu tak berbalas, jadi gadis yang sambut cinta itu. Dengan mengaharap lelaki itu akan terima dia. Adakah lelaki itu sedar yang gadis benar-benar ingin mendekati serta menyayangi lelaki itu?
Kita ikuti apa yang terjadi seterusnya kepada gadis.
Setelah genap 4 bulan perhubungan mereka, lelaki yang dia sayang tetap dengan sikap yang dingin. Selalu menjauhkan diri daripada gadis. Gadis bingung kenapa dia diperlakukan begitu. Di mana silapnya? Dia sanggup mengelak daripada keluar atau bersama-sama dengan rakan yang lain semata-mata untuk selalu berdamping dengan lelaki yang dia sayang. Dia abaikan dirinya kerana apa yang dia rasa lelaki itu adalah segala-galanya. Mungkin cinta telah membutakan mata gadis sehingga lupa untuk menyayangi serta menghargai diri sendirinya.
Setiap hari selesai sahaja dari kuliah, gadis akan makan sendirian. Apa yang gadis harapkan ialah lelaki yang dia sayang dapat menemaninya waktu itu. Tetapi gadis tahu itu memang perkara yang agak susah atau mustahil untuk terjadi. Pada satu petang, gadis berjalan pulang ke asrama bersendirian dengan makanan yang telah ditapau untuk makan di bilik. Kebetulan gadis lalu dihadapan asrama lelaki yang dia sayang, dalam hati mengharap kalau-kalau lelaki yang dia sayang keluar ke beranda. Sekurang-kurangnya dapat juga dia lihat wajah orang yang dia sayang. Gadis tak sedar ada lubang kecil dihadapannya akhirnya dia jatuh bersama-sama makanan yang ditapau tadi. Habis semua bersepah, dan dia dapati lututnya berdarah. Gadis menahan kesakitan yang teramat sangat, lukanya agak besar.
Tanpa disedari setitik demi setitik akhirnya air mata gadis mengalir laju sehingga membasahi tudung yang dipakainya. Lama dia berteleku dan terduduk di atas laluan jalan kaki itu. Gadis mengeluarkan handphonenya, niat dihati nak mengadu keadaan sekarang. Sebaliknya dia telah diherdik oleh lelaki yang dia sayang.
Gadis: "Awak, saya jatuh. Lutut saya berdarah. Awak datang sini ambik saya ya."
Lelaki: "Malas lar, saya tengah tidur ni. Saya ngantok tak cukup tidur. Awak jangan kacau saya lar."
Papp!!! Tiada lagi suara. Telefon dimatikan.
bersambung...