Untuk Tatapan

August 6, 2012

Buntat and Milo


Siapa BUntat dan Milo???? Buntat dan MIlo baby rabbit yang baru lahir sebelum puasa 2012. Sekarang umur diorang dalam 1 bulan lebih. Milo dan bUNtat ni dari baka netherland dwarf. Baka yang renek termasuklah telinga yang kecik, badan yang kecik, kaki pendek dan agak hyper berbanding anggora (yang berbulu lebat tu). 


Ini lah baby ND nama dia Buntat. Time ni memang aku yang paksa dia secara halus supaya lepak dekat situ dengan poosing berkenaan. Senang jer kalau nak bagi Buntat ni stay cam pose berkenaan, cuma dengan hembusan nafas puasa yang tak beberapa wangi ni. Buntat dengan Milo memang suka kalau ada angin sepoi-sepoi bahasa hembus diorang. Itu akan buat diorg lalok cam makan ubat batuk


Sedih jer kalau aku tengok keadaan Buntat macamni. hahahaha. Janganlah risau Buntat tak sakit pon duduk dalam stokin ni. Macam mana aku tau dia tak sakit???? yelar dekat dua taun dah pelihara spesis diorang ni. Diorang kalau takut or rasa terancam diorang akan meronta-ronta bukan duduk senyap macam ni. Lagipon, aku tak ada lah kejam sangat nak taruk diorang lama-lama dalam stokin ni. SEkejap jer, habis phtoshoot aku pon taruk diorang dalam sangkar semula


Aha, position terbalik macam ni lah jadi kegemaran si Buntat dan Milo. Tak tanya pulak diorang kenapa. Kalau korang nak tau bila aku terbalik kan badan diorang then hembus-hembus mentera sikit mula lar. terlentok tak sedar diri seperti aksi diatas. kalau aku tangok dah macam patah leher pon ade. Memang tak sedar diri, ribut taufan memang tak sedar lah kan.


Kalau tengok pose ni lagi lar, rasa nak bagi penampar siam pon ade kan. Gila comel. Susah juga cakap-cakap kat diorang suruh pose seperti yang diatas. Berkomunikasi dalam bahasa Rabbit memang payah. (aku tipu jer). Ini kita panggil pose nak bagi penampar siam tak jadi. Cuba korang buat macam ni??? Agak-agak comel ker tak? Mesti lar tak comel sebab pose ni memang khas untuk binatang berbulu jer.


Hampir setengah jam lar nak shoot both of them, Buntat and Milo. Tak susah sangat sebab diorang really2 baik pada hari kejadian. Terima kasih BUNtat and MIlo. Lepas penat lelah duduk keras dalam stokin aku, actually stokin tu aku lupa nak basuh tapi sebab nak buat props photoshoot mereka terpaksa bau-bauan lar. heee. Diorang dengan rela hati meninggalkan stokin berkenaan, cantek jer keluar tak ada nak buat sepah-sepah. Bagusnyeee

Macamni lah keadaan mereka sewaktu nak berphotoshoot pada awalnya. Muka redha kan.

Dah bagitau si MIlo jangan tidur lagi tapi dia degil nak tidur jugak. Si Buntat juga yang agak cool memang pandai pose kan.


Mungkin ada yang tidak suka dengan gambar haiwan ini diperlakukan sedemikian rupa. Tapi aku bukan kejam pon dengan diorang. Kalau korang pelihara binatang ni korang tau lar betapa comel nyer diorang dan camne nak handle..:)




Enjoy the Picture...:)

No comments:

Post a Comment