Jika datang angin itu berulang kali..
Aku pasti rebah...
0ooo...macam ni lah rasanya penulis-penulis dekat luar sana dapat ilham nak menulis. Semuanya lahir dari perasaan, jiwa dan segala-galanya datang secara halus. Bagi aku penulisan ini adalah salah satu cabang seni juga. Bagaimana seni itu terpulang pada jiwa penulis samaada apa yang ditulis itu lahir dari pemikiran, pemerhatian atau penghayatan atau kesemuanya sekali.
Kalau aku lah aku suka menulis dengan music, maksud aku ade muzik latar lah masa aku menulis ikut keadaan juga apa jenis penulisan yang aku akan tulis. Hello....rasanya bukan hal ini yang aku rasa dan bermain dalam pemikiran aku sekarang.
Aku kadang-kadang terfikir bagaimana pencipta kita tentukan apa ujian yang bakal kita lalui. Macam dunia realiti cikgu bagi ujian berdasarkan apa yang kita belajar dan telah diajar. Macam mana dengan Dia (Pencipta kita) menilai kita? Ujian? Rasanya semua orang akan rasa ujian dia lebih berat daripada ujian orang lain walhal lagi banyak manusia dekat luar sana yang ujiannya lagi besar. Apa yang aku fikirkan mungkin ini penyebab utama kenapa ashik mereka di luar sana termasuk aku nak giveup jer kan.
Bila aku ingat kata-kata ustaz ini, iya aku tersedar semula kenapa Tuhan bagi pada kau ujian itu duhai Eedayu Husin. Itu, aku perlu muhasabah dan faham sendiri. Begitu juga dengan rakan-rakan diluar sana. Jangan terlalu kerap mengeluh dengan ujian kerana ujian itu adalah sesuatu yang terbaik datangnya dari Tuhan Pencipta kita.
Khas untuk rakan-rakan:
Aku bukan si akar tunjang Tongakat Ali
Aku hanyalah si Kacip fatimah
Aku bukan ombak tsunami
Aku hanya ombak dipesisiran pantai
Yang penting aku bukan pemusnah
Aku bukan siapa-siapa
Aku adalah diri aku
Aku perlu cari siapa aku dan Tuhan lebih mengetahui selebihnya dari aku
No comments:
Post a Comment