Untuk Tatapan

June 12, 2012

Kalau aku dijadikan berakar tunjang sekalipun...
Jika datang angin itu berulang kali..
Aku pasti rebah...







0ooo...macam ni lah rasanya penulis-penulis dekat luar sana dapat ilham nak menulis. Semuanya lahir dari perasaan, jiwa dan segala-galanya datang secara halus. Bagi aku penulisan ini adalah salah satu cabang seni juga. Bagaimana seni itu terpulang pada jiwa penulis samaada apa yang ditulis itu lahir dari pemikiran, pemerhatian atau penghayatan atau kesemuanya sekali. 


Kalau aku lah aku suka menulis dengan music, maksud aku ade muzik latar lah masa aku menulis ikut keadaan juga apa jenis penulisan yang aku akan tulis. Hello....rasanya bukan hal ini yang aku rasa dan bermain dalam pemikiran aku sekarang. 


Aku kadang-kadang terfikir bagaimana pencipta kita tentukan apa ujian yang bakal kita lalui. Macam dunia realiti cikgu bagi ujian berdasarkan apa yang kita belajar dan telah diajar. Macam mana dengan Dia (Pencipta kita) menilai  kita? Ujian? Rasanya semua orang akan rasa ujian dia lebih berat daripada ujian orang lain walhal lagi banyak manusia dekat luar sana yang ujiannya lagi besar. Apa yang aku fikirkan mungkin ini penyebab utama kenapa ashik mereka di luar sana termasuk aku nak giveup jer kan. 



Ustaz aku dulu bagitau yang tuhan takkan bagi dugaan atau ujian itu kalau hambanya tidak dapat lulus. Lebih kurang macamtu lar ayat dia. Maksud dia kan Pencipta kita bagi ujian itu berdasarkan kepada kemampuan kita kekuatan kita untuk menghadapinya. Tuhan tak akan suka-suka nak bagi ujian pada hambanya, Tuhan lebih tau tahap kekuatan dan kemampuan kita sebab itu dia beri ujian tersebut.


Bila aku ingat kata-kata ustaz ini, iya aku tersedar semula kenapa Tuhan bagi pada kau ujian itu duhai Eedayu Husin. Itu, aku perlu muhasabah dan faham sendiri. Begitu juga dengan rakan-rakan diluar sana. Jangan terlalu kerap mengeluh dengan ujian kerana ujian itu adalah sesuatu yang terbaik datangnya dari Tuhan Pencipta kita. 


Khas untuk rakan-rakan:
Aku bukan si akar tunjang Tongakat Ali
Aku hanyalah si Kacip fatimah


Aku bukan ombak tsunami
Aku hanya ombak dipesisiran pantai


Yang penting aku bukan pemusnah 


Aku bukan siapa-siapa
Aku adalah diri aku
Aku perlu cari siapa aku dan Tuhan lebih mengetahui selebihnya dari aku