Untuk Tatapan

August 23, 2010

9 September Coming Soon

"Hei Jackson, are you sure? Kau betul-betul nak hantar aku balik hometown ni?"
"Yes lar sayang, apasal kau fikir bukan-bukan pulak"
"Mana ada, aku risau pulak. Ko kan kerja."
Hari ini Selena Gomez baru sahaja lepas berFB dengan kawan dia Jackson. Raya ni jackson nak anta balik rumah so jimat lar tambang flight Sally nanti. Tak payah susah-susah nak booking tiket. Sally ada discuss tentang befday party dia for this year, but bila difikirkan semula kemungkinan besar Sally terpaksa delete the plan. Yelar, bila sally check ubat-ubat yang perlu dia beli dia mengeluh. 
"Ermmm!!! My badjet dah lari bcos of the ubat so i hav to cancel what i hav plan"(mood sedih)
Malam itu, Sally ashik fikir pasal rancangan dia yang terpaksa dibatalkan. Dia tak dapat nak lelapkan mata. Esok masuk kerja petang so tak apa lar kan. Online sampai pagi, dia send text to her BF but dia tidur lar. Dah lewat, lagipun dia ada class esok pagi. 
"Kesian kat u Bibi, kalau i berjaga takkan u pon nak berjaga jugak"(Sally berdialog sendirian)
Bibi Sally dah pesan pada dia, dahulukan yang penting dulu so kena ambil the point ok. 
Sally lelapkan mata sambil layan lagu 60an. Lagu 60 an tapi Swift TAylor nyanyi memang meletup lar.
Time to sleep....
"URghhhh.....My perut start sakit.(meracau-racau). 
'Whateva!!!! Sleep tight ok......Zzzzzzzzzzzz

August 19, 2010

9 September - Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi

 
jika ku tak bangun esok pagi,
sayangku kau jagalah diri,
sentiasa ingatkan hati,
dirimu amat ku cintai.

andainya dihimpit kesusahan,
sujud dan mohon pada tuhan,
agar diberikan bimbingan,
meniti hidup bersendirian.

(chorus)
bila terasa sejuk,
pejamkan mata,
bayangkan dalam dakapanku,
bila terasa rindu,
pejamkan mata,
kita bersua dalam lena.

kalau ada yang sudi mengganti,
sayang lepaskanlah ku pergi,
kerana insan yang seistimewamu,
berhak untuk dicinta dalam hidup.

sayang tiada apa yang kekal di dalam dunia ini,
namun yang pasti,
walaupun ku tiada nanti,
cintaku akan kekal abadi.

ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
kita jumpa lagi di sana nanti,
jika ku tak bangun esok pagi

Indahnya Penderitaan

 
Sesunguhnya Allah itu Maha Mengetahui, setiap apa yang berlaku di citra alam ini pasti ada hikmah dan nikmat yang tersembunyi. Maha suci Allah yang telah mencipta sekalian Alam.
Keperitan dan kepayahan hidup seseorg itu juga adalah ketentuan dari Allah yang mana merupakan salah satu cara Allah menguji hambaNya. Di situ hambaNya diuji supaya dia dapat melalui ujian tersebut dengan kesyukuran terhadap. Segala ujian serta dugaan itu merupakan tanda atau nikmat yang diberikan Allah sebagai petunjuk yang Dia masih cinta dan sayang akan hambaNya.

August 17, 2010

Something happen hav their own reason

Ya Allah, rasanya semalam aku dah ambik ubat-ubat yang patut aku ambil tapi kenapa hari ni tak ok juga. Mungkin ubat yang aku makan dah imune dalam sistem aku jadi kemungkinan besar ubat tu makin susah untuk bertindak balas. Alhamdulillah di dalam bulan ramadhan ini banyak perkara baik yang aku alami yang menjadikan aku lebih matang untuk berfikir. Ini lah yang dikatakan sebagai rahmat yan diturunkan Allah di dalam bulan yang mulia ini. Walaupun rasa pedih dan sakit tetapi orang disekelilingku begitu mengambil berat ke atas kesihatan aku ini. Aku bersyukur, dan aku juga teringat akan satu potongan ayat yang menyatakan bahawa Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya itu sendiri. oleh itu, aku perlu kuat lagi pun di sini(rumah bakti) ramai yang sayangkan aku. Itu pun dah cukup menjadi pengubat sakit aku ini.:)
Aku mengadu pada doctor di klinik seri melawati bahawa penyakit aku ini dah jadi lain. Doctor pun agak heran dengan keadaan aku. Doctor risau kalau ada sesuatu yang lain jadi doctor telah nasihatkan aku supaya aku pergi buat skop di hospital untuk pastikan yang penyakit aku tak serius. InsyaAllah, kemungkinan selepas adik-adik aku di rumah bakti ini selesai jer peperiksaan masing-masing aku akan buat skop sepertimana doctor klinik tu arahkan.
Sekejap lagi dalam masa 15 minit lagi mula lah kelas aku. Perut aku ni pun bole tahan dia punya pedih,
 "sabar ya perut, xlama lagi ok lar"(ngomel aku sendirian).
 Alamak, kenapa lar aku tiba-tiba rasa gigil. ni sure effect makan biskut jer pagi tadi. Dah macam penyakit parkinson lak aku tengok..hehehehe(tersenyum sendirian)
Walau apapun yang berlaku pengajaran disini ialah kita perlu sentiasa happy dan jangan terlalu stress. Hargai orang sekeliling yang menyayangi kita dan jangan buat orang lain sakit hati. Semoga kita semua ceria-ceria selalu.

TEARS--a song that makes you cry--a SAD SONG--with lyrics (original) by ...

Suggies my pet

Sugar Glider Babies
Sekarang aku tengah mencari haiwan untuk di jadikan pet aku. Akhirnya seorg rakan ku telah mencadangkan Sugar Glider yang menyerupai tupai terbang sebagai haiwan peliharaan. SG ini merupakan haiwan yang agak aktif pada waktu malam (nocturnal). Aku telah mencari pelbagai maklumat berkaitan dengan haiwan ini. ianya bukan spesis yang terancam yang berasal daripada australia dan turut terdapat di indonesia. aku amat berminat terhadap binatang ini.

Kemungkinan besar selepas sahaja pulang berhari raya di kampung aku akan bertindak untuk mendapatkan haiwan ini secepat mungkin. Ianya agak mahal dan susah untuk mendapatkannya kerana ianya masih belum diketahui orang ramai. Lagipun harga yang mahal turut mengurangkan minat terhadap haiwan berkenaan. Walaubagaimanapun, bagi sesetengah mereka yang amat berminat dengan pet akan berusaha untuk mendapatan SG ini walaubagaimana cara sekalipun. Begitu juga dengan aku, aku akan cuba berusaha untuk mendapatkan seekor Sg sebagai teman aku di rumah bakti.