Sahabat
Bukan aku tak ingat
Bukan aku buat-buat lupa
Aku masih ambil berat
Cuma aku terpaksa
Terpaksa menyembunyikan segala rasa
Kau kawan aku
Aku mahu kau bahagia
Bukan semata-mata bergolok gadai demi aku
Kau ada keluarga
Itu sebab musabab utama
Jangan diucap Selamat jalan atau selamat tinggal
Kau sahabat
Aku pasti satu hari nanti kita pasti bersua
Kini aku dengan jalanku
kau dengan kisah kau
Bersama meniti walau jauh
Bila kita kata kite adalah sahabat, InsyaAllah rasa sayang itu masih kekal |
<Post khas buat seorang sahabat yang sangat aku rindui, setelah setahun berlalu>