Untuk Tatapan

March 30, 2012

Kenapa tak macam orang lain?


Kenapa tak macam orang lain?


Siti bukan nama sebenar merupakan salah seorang penghuni rumah anak yatim di Selangor. Sangat pendiam, selalu tidur dalam kelas dan selalu berseorangan. Wajah dan tubuhnya yang kurus serta kulitnya yang gelap dibakar hari. Sesiapa yang memandangnya atau terlihat susuk tubuhnya pasti sebak menahan rasa. Prestasi pelajarannya amat teruk, banyak sukatan pelajaran yang Siti ketinggalan.

Difahamkan Siti ketinggalan selama setahun iaitu dalam tahun 5, Siti terpaksa ponteng sekolah untuk menjaga adik kecil dan ibu yang mengalami masalah kesihatan. Sekarang Siti berada dalam tahun 6, dia masih mengalami masalah membaca dan menulis.
Saat berada di dalam kelas pembelajaran bagi pelajar sekolah rendah di sebuah rumah anak yatim. 

Kelihatan 10 orang pelajar di dalam kelas tersebut dengan dipantau oleh seorang guru baru (Cikgu Ayu). Cikgu Ayu yang pada mulanya berada di meja guru bergerak terus menghampiri pelajarnya yang sedang tidur itu iaitu Siti.
 Cikgu Ayu: “Siti!!!!(pekik Cikgu Ayu) tolong bangun dan pergi basuh muka kamu. Baru mula kelas suka-suka hati kamu tidur. Bila nak pandai kalau ashik tidur tak buat kerja sekolah.” (bebel Cikgu Ayu lagi).

Dalam keadaaan yang masih mamai Siti berlalu pergi mengikut arahan tanpa bersuara sedikit pun. Memang Cikgu Ayu sedia maklum dengan kelakuan Siti yang terlalu pendiam dan tak pernah membantah setiap arahan yang dia berikan. Siti masuk setelah selesai membasuh muka.

Cikgu Ayu: “Siti apa masalah kamu sebenarnya?, Cikgu selalu nampak kamu tidur dalam kelas lepas tu selalu sorang-sorang. Kenapa tak ikut kawan-kawan yang lain baca buku sama-sama."(tanya Cikgu Ayu dengan tegas)

Siti; “Saya tak tau baca cikgu.”(jawab siti sedikit ketar)

Cikgu Ayu; “Ya Allah apa punya cikgu lar aku ni sampaikan anak murid sendiri pun aku tak tau.”(bicara Cikgu Ayu sendirian).

Kringgggggggg!!!!!!!!

Loceng berbunyi menandakan waktu minum petang, Sekali lagi Cikgu Ayu nampak Siti berseorangan di tepi bangku asrama perempuan. Cikgu Ayu mengahampiri Siti bertujuan untuk bercakap-cakap dengan Siti berkenaan dengan kelas intensif tambahan yang Cikgu Ayu akan cadangkan buatnya. Saat Cikgu Ayu menghampirinya Siti tersenyum dan mengalihkan sedikit kedudukannya untuk memberi peluang cikgu Ayu duduk bersebelahan dengannya.

Tiba-tiba Siti bersuara….

Siti; “Cikgu, sebenarnya saya rindu emak dan adik saya. Saya nak balik. Saya rindu ayah saya juga tapi saya dah tak boleh jumpa diaorang semua”. (dengan lancarnya Siti meluahkan apa yang dirasainya)

Cikgu Ayu: “ Sabarlah lagi beberapa bulan jer cuti, nanti Siti boleh jenguk emak dan adik Siti kan.”(terang cikgu kepada Siti)

Siti; “ Emak bukan kenal saya pun Cikgu”. (kata Siti dengan perlahan sambil mnggelengkan kepala)

Siti yang pada awalnya seperti amat berat untuk bercerita tentang keluarga akhirnya berterus terang akan hal sebenar yang telah menimpa keluarga sehingga membawa dia ke rumah anak-anak yatim ini. 
 

Ikuti luahan Siti yang ditulis semula oleh Cikgu Ayu:
Ayah saya kerap pulang lewat ke rumah dan dekat rumah emak dan ayah selalu bergaduh. Ayah selalu pukul emak, pernah sekali saya nampak ayah pegang kepala emak dan hantukkan pada almari. Masa tu saya nampak banyak darah, saya takut saya terus bawa adik keluar dari rumah. Ayah selalu minta duit pada emak, emak mana ada duit. Dekat rumah, kitaorang selalu ikat perut. Kadang-kadang jer makan nasi. Makcik sebelah rumah tau yang kiteorang tak makan dialah yang bagi beras dan suruh emak kutip sayur-sayur yang makcik tu tanam dekat belakang rumah dia. 

Dulu ayah lain, ayah kuat kerja dan cari duit tapi tak tau kenapa tiba-tiba ayah berubah. Saya takut tengok muka ayah, muka ayah pucat,mata ayah bengkak, ayah selalu jerit-jerit tak tentu arah. Saya rindu ayah yang dulu, yang selalu usap kepala saya, yang selalu hantar saya pergi sekolah. Dekat sekolah kawan-kawan kata ayah saya jahat, ayah saya isap dadah, ayah saya pencuri. Saya sedih saya malu pergi sekolah. Satu hari ayah balik rumah, ayah masuk bili terus kunci pintu. Ayah tak buka pintu sampai pagi esoknya emak suruh pakcik sebelah rumah pecahkan pintu. Ayah dah tak ada, pakcik sebelah rumah kata pada mak yang ayah terlebih dos. Mata ayah lebam sangat masa tu, mulut ayah berbuih-buih. 

Sejak tu, mak selalu menyendiri,meracau racau tak tentu arah, ketawa sorang-sorang. Emak tak jaga saya dengan adik. Nasib baik ada makcik sebelah rumah. Saya tak ada sudara mara yang lain, kalau ada pun saya tak tau diorang dekat mana. Mak kene hantar pergi hospital sebab mak sakit, adik yang kecik saya tak tau dekat mana, makcik kata dia ade dekat rumah kebajikan masyarakat. Saya pula dihantar ke sini.

Kenapa hidup saya tak macam orang lain yer cikgu????
Itulah soalan terakhir yang dilontarkan setelah selesai Siti berkongsi akan kisah hidupnya.









March 15, 2012

Kesian Gadis

Bahagian 3
Usah direnung akan yang berlalu duhai gadis, redah dan susuri hari-harimu dengan suka dan tawa.
Jangan ditangisi lagi nasib menimpa kerana itu adalah ketentuan Ilahi


Inilah yang orang katakan "Sudah jatuh ditimpa tangga'. Dengan keadaan lutut gadis yang terkopek dan berdarah, gadis cuba bangun sambil mengesat lelehan air mata yang masih berbaki.

"Gadis, tolong kuatkan semangat."(bisik gadis pada diri)

Setelah berjaya berdiri dengan stabil gadis terus berjalan kaki menuju ke biliknya. Dengan keadaan yang tidak berapa baik, kaki yang pedih gadis berjalan terhencut-hencut sambil menahan sakit.
Keesokkan harinya, gadis bangun dari katil dan mengaduh kesakitan akibat lututnya yang luka. Hari ini ada ujian akhir subjek yang diambil gadis. Malam tadi gadis ingat mahu menelaah sedikit tetapi akibat kepenatan gadis tak sedar entah bila dia terlena ditepi katilnya. 

"Gadissssss!!!!! Cepatlah, nanti terlepas pulak bas."(jerit rakan gadis Laila)
"Kejap lar sayang, pakai kasut sat."(jawab gadis ala-ala utara yang tak berapa sangat)

Kawan-kawan gadis memang dah sedia maklum dengan penampilan gadis yang sentiasa berkasut dia. Tak kesahlah kemana-mana pun gadis pergi pasti berkasut. Gadis selalu bagi alasan yang dia terasa seperti berbogel kalau tidak mengenakan kasut bertutup. Nak katakan gadis berkasut kerana tuntutan supaya menutup aurat tidaklah sebab bagi gadis memang dalam penutupan aurat ini dia masih tak sempurna lainlah kalau Laila.
Laila kalau dulunya gadis yang aktif, kasar lagi brutal kini telah terpanggil untuk berpakaian menutup aurat yang lebih sempurna. Walaupun begitu, Laila masih berkawan dengan gadis. Pernah sekali gadis bertanya kalau-kalau Laila malu berkawan dengan dia yang kontra dengan Laila. 

"Kau nak karate ker penampar???? Kau sampai bila-bila pun kawan aku lah."(jawab laila dengan tegas)
"Terima kasih Laila."(perlahan gadis berbisik kepadanya, entah dengar atau tidak akan Laila)

Gadis memang senang berkawan dengan Laila, walaupun penampilan Laila sudah berubah namum perangainyea tetap tak berubah dengan sikap brutal-brutal cover itu. Apa yang gadis faham dengan Laila sekarang ini, Laila banyak mengabiskan masanya dengan aktiviti kerohanian dan selalu berada di surau padahal sebelum ini mereka berdua selalu melibatkan dengan aktiviti kolej iaitu sukan badmintan dan futsal.
Dalam bas, gadis selalu ambil tempat ditepi tingkap kerana gadis lebih suka menikmati pemandangan diluar.
Tanpa sedar gadis melayan perasaan yang melayang entah kemana jauhnya. Mungkin ke Jepun, Vietnam, Thailand atau Sri Lanka. 
Tiba-tiba Gadis mengeluh lembut. "Aishhhhhh...."

Laila sedar akan keluhan kecil gadis.

" Kau kenapa??? lain macam aku tengok. Ko dah ready nak jawab ujian ke tak ni???? Ujian ni penting lar, tak kan kau sanggup nak repeat satu semerter lagi kot!!!
(Ngomel laila dengan tingkah laku gadis ala-ala perempuan mati laki)
"Aku ok lah syg Oi...Ilmu dah penuh didada ni"(bohong gadis untuk menyedapkan hati rakannya Laila)

Setelah sampai ke fakulti gadis dan Laila dengan tergesa-gesanya terus ke foyer fakulti. Mereka dah berjanji dengan Mimi untuk buat sedikit ulangkaji sebelum masuh dewan kuliah untuk paper final ini. Tiba-tiba BUKkkkkk!!!! gadis terlanggar dengan lelaki itu di hadapan pintu foyer kerana akibat terlalu laju jalannya untuk mengiringi Laila.

" Sengal punya Laila tulah jalan laju-laju lagi dah terjelepuk aku kat sini."( Omel gadis perlahan)

Lelaki itu berlalu pergi tanpa gadis perasan kerana terlalu leka mengutip nota-notanya yang jatuh bersepah-sepah dilantai foyer fakulti.

Bersambung....